Yang ni memanglah kegemaran kita.......peberet le katakan...tapi boleh bilang dengan jari berapa kali buat semenjak duduk kat sini....sebabnya....laksa mmg susah nak jumpa...so bila gi ke Berlin...Frankfurt barulah dapat jumpa laksa ni...lagi satu daun kesum...mmg dah siap keringkan dari M'sia...sbb kat kedai Asia tu susah nak jumpa .
Quote:
Laksa Penang
Bahan:
Laksa- sepeket
Rendam dulu dalam 1 jam- kemudian rebus hingga lembut , toskan dan bubuh minyak sikit supaya tak melekat
Kuah
Sekilo ikan – biasa guna ikan kembong
5 tangkai cili kering, 4 biji bawang merah , 2 biji bawang putih- kisar
belacan- sebesar ibu jari
asam keping – 5 keping
serai satu batang- diketuk
lengkuas – 2 hiris
Daun kesum
Garam dan serbuk perasa
Ulam-ulaman
Timun
Salad
Bawang besar
Nenas
Telur
Lada merah
Cili padi
Limau nipis/Limau kasturi
1. Mula-mula rebus ikan dalam periuk- bubuh sedikit garam dan asam keeping
2. Ambil isi ikan sahaja- kemudian blend
3. Masukkan isi ikan yang telah diblend tadi ke dalam air rebusan ikan
4. Masukkan bahan kisar, belacan, asam keping dan
5. Rebus hingga menggelegak-
6. Masukkan serai, lengkuas, dan daun kesum
7. Last sekali bubuh garam dan bahan perisa
8. Bila nak makan masukkan laksa …tabur semua bahan ulam dan tuangkan kuah dan perahkan sedikit limau nipis.
9. Guten Appetit!!!
laksa penang tak minat, tapi kalau laksa Spore ( yg buboh santan tu) mesti licin pinggan!
Fri 28-Jul-2006 10:26 Posted by:mummy jam - [Link]
kitapun mcm mummy jam...laksa penang ni kurang...laksa johor ngan laksa kelantan peberet....lagi satu asam laksa yg guna laksa jernih cam cermin tuh...
hmmm...villeroy ke seltman weiden tu???