Zaman dulu ada org kata....anak dara selagi tak pandai nak buat karipap tak boleh kahwin...hehe..abih camno..dah jadi mak dara baru belajar buat karipap....itupun sbb tercampak kat sini..... . Dah banyak kali gak buat karipap ni... tapi still lagi try and error kekadang dia pusing kadang2 tak berapa jadik pusingnya...so yang ni rasanya tak jadik sangat tapi tak pelah ....janji boleh makan....kan...kan
Quote:
Resepi pastry dari Internet tapi lupa kat mana ambik…main copy and paste je
Untuk buat 60 bijik karipap
Inti
10 biji kentang- sederhana besar dipotong dadu
1 biji bawang besar –potong dadu gak
4 biji bawang merah- tumbuk
3 biji bawang putih- tumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
ayam/daging hancur- 100 gm
Daun kari sket/daun sup
Cara:
Mula-mula tumiskan bahan tumbuk sampai garing,
Pas tu masukkan bawang besar pulak
Masukkan rempah bersama sedikit air- tumis sampai pecah minyak
Masukkan pula daging/ayam dan masak hingga daging/ayam masak
Pas tu bolehlah masukkan kentang dan masukkan air agak-agak satu mangkuk
Pastikan kentang betul2 empuk…kalau belum empuk tambah air sikit lagi
Bahan Kulit (A):
450 g tepung serbaguna
½ camt garam
3 camb marjerin/lemak sayur
230-240 ml air
Bahan Kulit (B):
250 g tepung serbaguna
¼ camt garam
150 g mentega/marjerin
Cara
1. Untuk A. Bancuh tepung, garam dan marjerin. Masukkan sedikit demi sedikit air, uli perlahan. Bentukkan 20 bebola.
2. Untuk B. Uli tepung, garam
dan mentega hingga sebati. Bentukkan 20 bebola kecil. Masukkan setiap satu ke dalam A.
3. Canai memanjang dan nipis
s, gulungkan kemas. Canai semula memanjang, gulungkan semula dan potong tiga.
5. Leperkan setiap satu, canaikan bulat. Cara mencanai mesti "betul" kerana putarnya akan lebih cantik. Terbalikkan dan isikan intinya. Kelim tepinya.
6. Goreng sampai keperangan- lebih baik guna deep fryer..kalau adalah
Phewww...sib baik mama reti wat karipap...boleh kawin...hehehehe! Mama suka guna resipi kulit karipap pusing Kak Liza. Sedap dan rangup. Dah lama nak buat tapi asyik malasss je...
p/s: Alamak, sukatan cekodok tu, nanti mama try letak ye...mama ni tak confident langsung nak bagi orang resipi sendiri...I mean the amount sebab mama buat hari tu, ikut sedap tangan je nak boh...
nampak cantik dan sedap je.. apa lak tak menjadinyer.. tu dah kira teror dan termasuk dalam golongan pakar2 tu.. akak ni kalo wat yang biasa je, malas nak pusing2...
wah wah..karipap pusing gituh yek saya pon masa first time buat tu karipap nye tak pusing sgt. pehtuh second time buat, hoho...mmg pusing abes! but then again, yg second time buat tu I used resepi lain..and cara buat nye pon lain sket..that's why menjadik kot ni link tunjuk camne nak wat karipap pusing yg saya guna tu..cara dia lain sket Try la K.Lina
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=174861&extra=page%3D2&page=12
nampak cantik pusing nya, apasal pulak cakap tak berapa jadi? mummy pernah buat karipap macam ni tapi bentok bulat, cara gulong nya agak berbeza sikit ,tengok my archive under karipap pusar, ada step by step
http://jama.fotopages.com/?entry=183674
Wed 26-Jul-2006 05:27 Posted by:mummy jam - [Link]
Ina, cantik apa pusarnya tu. Kira dah terer la tu.
hmm...teringat masa kita first try buat karipap pusing ni kat Burgpark hotel last year kan?... siap boleh bg org kat off rasa lagi....ini pakai resepi dlm buku tu ke kak?...cantik aje....dulu takde cantik camni rasanya...
wah karipap! kuih favourite saya...lama betul tak makan karipap ni...rasanya dah dekat setahun...kena pergi carilah kat pasar malam nanti...1st time dgr nama karipap, karipap pusing...hehehe