Want your
own Fotopage?






 
IQBAL INA FAMILY FOTOPAGES

By: Harlina Zakaria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Jun-2006 18:53 Email | Share | Bookmark
Diari Hari Ini

Muffin-first try
Agar-agar puding- tak jadik sangat
Tom Yam Simple
Sofea & Bonita
Mathias & daughter Anna
Anna & Stepmother sofea
Apfel kuchen-buah tangan Mathias, rentung sikit
say "cheese"
lepak2
jalan2 petang2 cuci mata
adik-takut2
Restoren kat Erfurt City
 
 
Pukul 8.00 pagi lagi dah report duty kat dapur....kira awal gaklah tu....especially weekend. Selalunya weekend...kami Branch( breakfast & Lunch) tapi hari ni sbb ada guest datang (Mathias and family) kami makan simple je....for b/fast. Hmmm....pening kepala gak pikir apa nak masak hari ni...tapi family Mathias ni pertembungan antara 2 budaya ...Asia & Eropah...so last2 menu hari ini... Mee Tom Yam, Muffin & Agar2 Puding... .. Lepas Mathias balik...sempat lagi kami keluar bersiar2 ...

Untuk sumbangan resepi hari ini....Muffin ( Thanx to Yani) dan Tom Yam Simple

Quote:
Muffins (24 pcs)

Bahan:

200g butter
175g gula
2 paket vanilinzucker (ni ada kat German aje kot)
5 biji telur
125ml susu fresh milk
secubit garam
500g tepung
1 paket baking powder
1 sudu makan air limau - untuk muffin perasa buah
24 bekas kertas
choklat chips, blueberry, hazel nut etc

cara:

1.Pukul butter, gula, vanillinzuker hingga kembang (6 mins)
2.Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati.
3.Masukkan tepung, susu, garam, air limau dan pukul lagi
4.Adunkan dengan coklat chips etc.. gaul hingga sebati
5.Masukkan adunan ke dalam bekas kertas dan bakar selama 18- 20 mins dengan suhu 200° (panaskan oven terlebih dahulu)




Quote:
Tom Yam Simple

Bahan-bahan

1. 2 kiub TomYam
2. 2 biji tomato
3. 5 batang serai
4. 5 helai daun limau purut
5. 1 biji bawang besar
6. 500 gm Ayam potong kecil
7. Udang/ sotong
8. Sayur2an- karot, bunga kobis, seleri, cendawan
9. Daun ketumbar
10. Cili padi- kalau nak pedas
11. ½ biji air limau nipis

Cara:

1. Blendkan 2 kiub tomyam bersama 2 biji tomato
2. Masukkan bahan blend bersama2 dengan ayam- masukkan garam, serai, daun limau purut.
3. Tutup dan masak hingga ayam lembut lebih kurang 10 minit.
4. Tambahkan air dan biarkan hingga mendidih
5. Masukkan pula sayur2an, bawang besar- akar daun ketumbar
6. Masukkan Cili padi- ketuk sikit
7. Akhir sekali perahkan air limau nipis
8. Sebelum menghidang taburkan daun ketumbar



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net