Want your
own Fotopage?






 
IQBAL INA FAMILY FOTOPAGES

By: Harlina Zakaria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Jun-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Mamak...Briyani kambing satu!!

nasik 3/4 masak
lapiskan ngan daging/kambing yang dah dimasak
buat dlm 3/4 layer
masak 1/2 jam
 
nilah rupanya
 
 
menu sampingan-popodum& acar
 
Since Briyani is my hubby nye favourite ....so selama hampir 2 tahun dok kat sini banyak jugaklah try and error utk nak dptkan briyani yang menawan dihati. Skrg ni nak kata terror taklah tapi kira bolehlah sekadar nak melepas rindu .....





Resepi Biryani ni dapat dari kotak rempah Biryani so..ikut ajelah exactly apa yang ditulis...cara masak more to India/Pakistan style...

Selamat Mencuba:
Guten Appetit!!!
Quote:
Bombay Biryani

Bahan-bahan

1. 500g Daging/Ayam/Kambing
2. Beras Basmathi 4 cawan- basuh dan rendam 30 minit
3. Bawang besar (sedang) 3 biji hiris nipis
4. Tomato – 4 biji- potong dadu
5. Halia – 1 inci hiris nipis
6. Bawang putih – 3 biji- cincang
7. Yogurt(plain) – 1 cawan (200g)
8. Minyak sapi / minyak biasa- 1 cawan
9. Rempah Biryani – 3 atau 4 sudu besar
10. Accesori- gajus, bawang goreng, kismis, daun pudina
11. Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :

1. Goreng bawang dalam minyak sapi yang panas sehingga kuning.
2. Masukkan tomato dan goreng lagi hingga pecah minyak.
3. Tambahkan bawang putih, halia, yogurt dan rempah biryani
4. Masukkan daging/ayam/kambing. Masak dalam 15 minit.
5. Tambahkan 1 cawan air dan masak lagi dengan api perlahan hingga daging agak lembut.
6. Bila daging dah lembut kuatkan api dan masak hingga pecah minyak.
7. Garam jangan lupa! Rasa dulu sbb sesetengah rempah biryani dah siap bubuh garam

Cara Masak Nasi.

1. Beras yang telah direndam tadi dibuangkan air terlebih dahulu
2. Kemudian tambahkan anggaran 12 cawan air dan 3 sudu besar garam
3. Masak nasi hingga ¾ masak. Bila dah mengelegak tu kena standby…
4. Kemudian buangkan airnya –lebih baik guna penapis

Cara Melapis nasi:

1. Mula2 ambik 1/3 nasi dan ratakan
2. Kemudian ambik daging yang telah dimasak tadi letaklah dalam 3 atau 4 ketul
3. Letakkan pula gajus ,bawang goreng , daun pudina
4. Buat dalam 3 layer.
5. Last sekali….cucuk atau buat lubang dan tuangkan sedikit pewarna kuning dalam lubang tadi
6. Masak lagi dalam api perlahan hingga nasi masak .
7. Gaulkan sebelum dihidang



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net