Want your
own Fotopage?










 
IQBAL INA FAMILY FOTOPAGES

By: Harlina Zakaria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Saturday, 22-Jul-2006 17:35 Email | Share | | Bookmark
Eksperimen Seri muka

Nilah rupa pengukus
pengukus McGyver
Loyang guna tin biskut
View all 6 photos...
Dengan segala kekurangan yang ada - tanpa pengukus dan loyang akhirnya mama berjaya jugak membuat kuih seri muka walaupun kurang sikit serinya. Thanx to Yani 4 the recipe (pakar seri muka dan kuih lapis Cologne).
Quote:
Kuih Seri muka

First layer:

600 g beras pulut ( wash and soak overnight)
2 cups thick coconut milk
1 cup thin coconut milk
daun pandan yg dipotong2 ( guna pandan paste pun boleh)
1 teaspoon salt

Second layer:

5 whole eggs (lightly beaten)
300 g sugar
3 tablespoon wheat flour
air pandan ( dr 10 helai daun pandan) - guna pandan paste pun boleh
2 cups thick coconut

Loyang sebesar 24 cm

Cara:

1. Drain beras pulut. Campurkan dgn coconut milk dan daun pandan dalam loyang.
2.Stimkan 20 minit. Lepas tu keluarkan dan kacau2 dgn garfu dan kemudian stimkan lagi 10 minit. Sambil menunggu tu, mix semua ingredients utk second layer.
3. Keluarkan loyang dr pengukus dan press pulut dgn belakang sudu. Lepas tu stimkan selama 5 minit.
4. Keluarkan dan tuang bhn2 utk second layer tadi ke atas lapisan pulut tu. Stimkan selama setengah jam sampai masak. Sejukkan.



....psstt...mama dah experiment dah pagi tadi...... Sedap ler....hilang dah phobia! Finally daku berjaya! Sukses suksessss Tq Harlina.... Tue 25-Jul-2006 13:52
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
wow! kreatif la kukusan tuh.
seri muke is my favourite..taknak bg kite sket ke?
Tue 25-Jul-2006 17:52
Posted by:gee  - [Link]
sedapnya ina. nak sikit lum. mana dapat beras pulut? Kedai Asia ker?
Wahhh kreatif awak nih kan.. Sini mmg tak de jual loyang kan..
Thu 27-Jul-2006 01:09
Posted by:Ajzie ajzie69@yahoo.com
View all 13 comments Add comment


Thursday, 20-Jul-2006 16:14 Email | Share | | Bookmark
Summer Party 2006

ESPP batch 2004-2006
Good Friends-Japan,M'sia & Bulgaria
Souvenir-dapat Mug!
View all 16 photos...
Now it's time to say good bye.......






wah lakunye lasagna k.ina........ Fri 21-Jul-2006 05:31
Posted by:izan izanrashid73@yahoo.com
beshnye lina... jamuan perpisahan ke..? mesti sedap lasagne mama tu kan sampai sapu bersih... Fri 21-Jul-2006 23:53
Posted by:kak kham  - [Link]
ina nak resepi lagsane boleh tak?
Tentu sedap kan coz cepat aje abis sampai ina pun tak sempat rasa...
Thu 27-Jul-2006 01:11
Posted by:Ajzie ajzie69@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Monday, 17-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Nasi Padprik kot!!

 
 
 
Ni satu lagi resepi utk org yang malas masak banyak2 lauk...tapi resepi main bubuh aje...





Quote:
Resepinya


Bawang merah (3 biji), lada merah,(1 biji),bawang putih (2 biji)- kisar
250 g Ayam/daging- potong kecil
Serai-1 batang
Bawang besar
Sos cili- 1 sudu
Sos tomato-1 sudu
Kicap –1 sudu
Kiub tomyam
Tepung jagung
Sayur-mayur- karot, kacang buncis, tomato bubuhlah apa2 nak boh
Limau nipis

1- Mula mula perap dulu ayam tu ngan garam , pepper, & serbuk cili sket
2- Pas tu gaulkan dengan tepung jagung-
3- Masukkan minyak sikit- goreng sebentar daging/ayam tadi
4- Dalam kuali lain tumis bahan kisar sampai naik bau- masukkan kiub tomyam sekali
5- Pas tu masukkan pulak ayam tadi dan masak lagi sampai ayam/daging tu lembut
6- Tambahkan ngan sos cili, tomato,kicap
7- Last sekali masukkan pulak sayur-mayur yang ada…
8- Lupa pulak…serai, bawang besar jangan lupa …kalau nak bubuh daun limau purut pun boleh gaks..and perahkan sikit limau nipis
9- Kalau nak berkuah bubuhlah air lagi
10- Kalau nak pedas kaw-kaw pulak ketukkan 4/5 biji cili padi
11- Dah siap….bolehlah makan

Aaa resipi macam ni ler yang mama suka, cepat, ringkas dan sedap! Tq..tapi yang kelakar tu nama resipinya...NASI PADPRIK KOT...hehehe...kalau mama tepek kat fp mama, kena boh nama tu ke? Thu 20-Jul-2006 19:55
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
hai ini Lina kata lauk orang malas.... Cam sodap tu... kalau dah rajin camne pulak,Lina? Mesti bergegah meja tu kot... Fri 21-Jul-2006 05:03
Posted by:rossya  - [Link]
Kata lauk orang malas, ini orang rajin punya menu. Tapi yang senangnya, semua ada kat dalam. Lauk ada, sayur pun ada. Nanti nak try resepi ni pulak. Sat 22-Jul-2006 07:55
Posted by:harleena  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Sunday, 16-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan petang-petang Bruhler Garten

yayan yayan
gaya abang main frisbee
tengok apa tu
View all 12 photos...
"Dom...dom...yayan...yayan" boleh dikatakan setiap petang adik ajak jalan keluar so antara tempat yang biasa dikunjungi oleh kami sekeluarga ialah - Bruhler Garten sbb kat sini ada playground dan tempat yang luas utk bersantai

kat negeri mana ni? Wed 19-Jul-2006 07:24
Posted by:mummy jam  - [Link]
MANA RESEPI LASAGNA ........ Wed 19-Jul-2006 09:24
Posted by:unnamed izanrashid73@yahoo.com
izan...resepi lasagne cuba belek kat page 2 Wed 19-Jul-2006 09:49
Posted by:kak ina  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 13-Jul-2006 14:31 Email | Share | | Bookmark
Erfurt By The River (Part II)

Restoren
kramerbrucke
belakang umah org
View all 9 photos...
Entah kenapa...lately ni sukeee sangat ambik gambar sungai-sungai ni.....





sonok bile nengok tempat cantik cam gini... kan...kan.. Mon 17-Jul-2006 11:32
Posted by:kak kham  - [Link]
cantiknya tempat tu. Tentu sungai kat situ pun bersih, tak macam kat kl ni. Mon 17-Jul-2006 13:22
Posted by:harleena  - [Link]
canteknyer......niler la yumi ader ch ance cam nie.... Mon 17-Jul-2006 19:55
Posted by:yumi's pixtures cafe'  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Thursday, 13-Jul-2006 14:09 Email | Share | | Bookmark
Daging masak kicap

 
 
 
Resepi hari ini....yang mudah dan simple

Quote:
Daging masak kicap

Bahan-bahannya

500g daging
1 batang kayu manis
1/2 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil jintan putih (serbuk)
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu kicap pekat manis
1 sudu kicap masin
3 biji bawang besar- potong bulat
3 biji kentang- potong dan goreng
1 biji tomato
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
garam

Caranya:

1. Daging perapkan bersama-sama dengan serbuk kunyit, lada hitam , jintan putih dan sedikit garam. (dlm 2 jam.. lagi lama lagi bagus)
2. Masukkan minyak dan bila minyak panas masukkan kuyu manis.
3. Kemudian masukkan daging yang dah diperap…masak sampai daging tu agak ½ masak
4. Masukkan kicap dan bawang besar - masak lagi hingga daging lembut
5. Akhir sekali masukkan kentang yang dah digoreng, lada merah lada hijau dan tomato
6. Gaulkan dan bolehlah dihidang


beshnyer... daging masak kicap lina.. dengan hiasan yang menarik lagilah buat meleleh ni..... Sun 16-Jul-2006 01:35
Posted by:kak kham  - [Link]
antara kegemaran ku.....tima kasih kerana membangkit kan rasa
pasni kena g cari daging utk try nih....smart n kemah
Mon 17-Jul-2006 02:14
Posted by:aduka j  - [Link]
best pulak tgk daging masak kicap ala ina nih... tp everytime i masak daging mesti liatnyer. apsal ekk.. last2 give nak masak daging lg.. camner nak tau daging tu dah masak ke lom? ada petua? Wed 19-Jul-2006 05:12
Posted by:Linda Fandi
View all 6 comments Add comment


Monday, 10-Jul-2006 19:02 Email | Share | | Bookmark
EIS

ni gerai eis depan rumah
pilih menu-masa ni uncle belanja
mcm2 jenis ada
View all 11 photos...
Kat German ni dari yg kecik sampai ke tua rata2 memang minat makan ais-krim. Gerai ais krim pulak mmg banyak...almost semua restoren ada menjual ais krim. Tambahan pulak musim summer ni memang lakulah. Ais krimnya pulak bermacam2 jenis dan murah pulak tu (60 sen je 1 kugel) . Biasanya we all beli schokolade (coklat) and Erdbeer (strawberry)......




jeles... jeles.... sedap nyer eskrim tu...
eh'eh adik nyer mane? Alamak abah amik dua2 ker...
Wed 12-Jul-2006 02:49
Posted by:rossya  - [Link]
behnyer makan ice cream summer is deifintely the best time for ice creams..murah nye lahai 60sen jer..tak cam Jepun..sume pon nak ketuk Wed 12-Jul-2006 19:30
Posted by:zack  - [Link]
kalo winter ade org makan eskrem takkk...
yummmyyy...
Thu 13-Jul-2006 06:29
Posted by:Sha  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 7-Jul-2006 20:36 Email | Share | | Bookmark
Roti Jala

acuan roti jala kesayanganku
blend je semua bende
pas tu tapis
View all 10 photos...
Roti jala ni memang sentiasa menjadi favorite kami sekeluarga....tapi yang sedihnya acuan roti jala tak termasuk dalam checklist barang nak bawak masa mula2 dtg ke sini...so hampir 2 tahun tak dapatlah makan roti jala ni...bila kakak nak dtg bulan Mac lepas...antara brg pertama yang dipesan ialah....acuan roti jala...so barulah kami sekeluarga dapat menikmati roti jala





Quote:
Roti Jala

Bahan-bahan ( 20 keping- untuk 4 org makan)

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan santan cair
1 sudu kecil garam
1 sudu tepung beras
1 sudu minyak
sedikit pewarna kuning

Caranya:

Bancuh tepung bersama air, santan, minyak,tepung beras dan garam. Kemudian blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya tidak bergentel. Tapiskan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Panaskan kuali-pilih yang non stick .Sapukan sedikit minyak
Tuangkan ke dalam acuan dan layangkan diatas kuali masak sehingga agak garing
Setelah masak lipat buat bentuk segitiga atau lipat segiempat dan gulung

Sesuai dimakan bersama kari ayam/daging yang agak pekat sedikit

Kari Ayam Pekat

Bahan-bahan

500 gm ayam-potong kecil-kecil
4 biji kentang- potong 4
Bawang kecil- 4 biji- hiris nipis
Bawang putih-2 biji tumbuk
Halia- ½ inci –tumbuk
Tomato 2 biji- potong dadu
Rempah ratus- Kayu manis,bunga lawang, buah pelaga,kayu manis
2 sudu besar rempah kari digaul bersama 2 sudu air
1 cawan santan pekat
1 tangkai daun kari
2 sudu kerisik- untuk memekatkan kuah
Minyak

Caranya:

1-Tumiskan rempah ratus sehingga naik bau.
2-Masukkan bawang yang dihiris sehingga agak kuning
3 Masukkan bahan tumbuk- tumis lagi
4- Masukkan rempah kari- bersama2 dengan tomato dan sedikit air- tutup sebentar
5- Masak hingga pecah minyak.
6- Masukkan ayam dan masak hingga daging ayam lembut
7- Masukkan kentang ,santan ,garam dan biarkan mendidih.
8- Akhir sekali masukkan kerisik. Kacau dan gaul rata ..dan bolehlah dihidang

Mama ada acuan roti jala yang plastik tapi tak gunakan yang itu pun bila buat roti jala sebab asyik tersekat-sekat. Mama gunakan writing nozzle icing, bila buat roti jala. Dah lama tak pekena roti jala ni...nampak sedap roti jala Ina ni.... Wed 12-Jul-2006 07:28
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
mcm best je tuh...gee pun gune writing nozzle icing cam mama FaMi...senang & cepat. Thu 13-Jul-2006 07:49
Posted by:gee  - [Link]
Assalamualaikum,

Hari ni saya cube buat roti jala, but tak jadi. Any tips kak? its very frustrating but its my first attempt so alhamdulillah
Wed 3-Jun-2009 06:34
Posted by:Iva iva.izman@gmail.com
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 5-Jul-2006 14:52 Email | Share | | Bookmark
Kuskus

kuskus-ada jual kat kedai pak2 Arab
kacang kuda yang dah masak
sayur2an
View all 11 photos...
Hari ni we all mencuba satu resepi baru dari timur tengah. Alkisahnya yang boleh mencuba resepi ni coz kat Erfurt ni the one and only kedai yang jual makanan halal ada menjual kuskus ni...so husband mmg le...sukeee sangat ngan kuskus ni sampai pi ke dapur ... tanya camna nak masak kuskus ni. Kebetulan pulak Ustaz Adzam(Morocco) nye fp ada tepek resepi ni.Thank a lot to Adzam...kira jadiklah tak 100% tapi 99% pun oklah kan..so 4 the recipe copy and paste dari Adzamnye fp...ada sikit ubahsuai....

Quote:
Kuskus

Bahan-bahannya :
1/2kg daging (ayam, kambing @ lembu) di potong besar-besar

Bahan untuk menumis
1 biji bawang besar - dihiris kecil
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk halia
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji tomato - dicincang

Sayur-sayuran
4 batang lobak merah - dipotong lebar-lebar
2 biji terung - dipotong lebar-lebar
4 biji kentang - dibelah 4
4 biji lada hijau-
1 cawan kacang kuda –beli yang dah siap punya
1/2 genggam daun parsli (madnus) - dicincang halus
Segenggam daun ketumbar (kuzbur) - dicincang halus


Cara memasak kuskus
500g kuskus
½ liter air
2 sudu minyak
2 sudu besar minyak sapi/mentega
2 sudu besar garam

-Diidihkan ½ liter air bersama2 dengan minyak dan garam. Masukkan kuskus dan biarkan kembang seketika. Gaul-gaulkan dengan menggunakan garfu. Kemudian masukkan mentega/minyak sapi dan panaskan lagi sehingga 3-5 minit.


Cara Memasak Kuah/Gulai kuskus
- daging/kambing rebus dengan pressure cooker- cepat sikit
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang sampai ianya mula menguning.
- Masukkan semua rempah ratus. Tumis sikit.
- Masukkan buah tomato l...biar lunyai sikit dan sampai pecah minyak
- Masukkan sayur-sayuran – kentang, karot.bersama-sama dengan air rebusan daging tadi
-Bila dah empuk masukkan pula terung, lada hijau dan kacang kuda.
-Masukkan daging yang dah dimasak tadi
-Masukkan daun parsli dan daun ketumbar
-Last masukkan garam ,rasa dan bolehlah dihidang



Hi leena...thanx coz sudi berkenalan and thanx 4 dropping by...cepat2 le beli digital camera tu...nanti bolehlah kita bertukar2 resepi ye!! Fri 7-Jul-2006 21:09
Posted by:Harlina  - [Link]
aduhhhhhhhhhhhh...
sedapnya kuskus...
kalau buat ngan beras biasa /bathmati tu boleh tak...macm nak terkam jer..
Sat 8-Jul-2006 11:47
Posted by:hanieliza  - [Link]
Kak Liza......kalau ganti ngan beras biasa/basmathi tu bukan namanya kuskus lagi ..anyway thanx for dropping by and bagi comment ...seganlah pulak ngan chef yang terror masak mcm kak liza ni.. hehe Sun 9-Jul-2006 16:11
Posted by:Harlina  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 30-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gila-gila Bola

First jumpa mamat ni
macam2 pesyen ada
tengoklah kat mana ada bendera germany tu!!
View all 22 photos...
Walaupun Erfurt ni jauh dari Berlin....tapi bahang kehangatannya sungguh panas terasa. Baru2 ni sebaik saja Germany berjaya menundukkan Argentina...kami saja2 keluar nak tengok gelagat penyokong2 Germany ni. Nilah antara beberapa aksi yang sempat dirakam......




kak! german kalah dah kak!! seronoknya...
orang german tak mengamuk ke??
Wed 5-Jul-2006 01:05
Posted by:bnurushd  - [Link]
tuan umah german dah kalah...shiaannn.. Wed 5-Jul-2006 01:51
Posted by:sha  - [Link]
Hi...Lina....Nina pun selalu belek2 fp Lina.......thanks for dropping by my fp....nak berkenalan x de hal....nina suka tukar2 idea ni....jenguk fp Lina pun teruja sbb Lina lg teror.... Wed 5-Jul-2006 02:24
Posted by:Nina  - [Link]
View all 11 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.