Want your
own Fotopage?










 
IQBAL INA FAMILY FOTOPAGES

By: Harlina Zakaria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Aug-2006 23:41 Email | Share | | Bookmark
Abah-Special Edition towards graduation

masa mula2 sampai-sept 04
Depan school
abah with friends- Stranger become friends
View all 18 photos...
Entry kali ni mama paparkan edisi khas untuk abah. Syukur alhamdullilah hajat abah nak bawak kami sekeluarga "bercuti" selama tempoh 2 tahun sudah dimakbulkan. Koleksi gambar kali ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti abah sebagai pelajar untuk tempoh 2 tahun (September 2004- September 2006) di University Erfurt, Germany. Memang nampak sangat keriangan abah sama seperti pelajar-pelajar lain...dapat lari dari tugas di pejabat merupakan satu nikmat yang amat berharga selain dari menambah ilmu dan pengalaman (sebenarnya pengalaman hidup di rantau orang yang lebih banyak....kalau nak ikutkan ilmu...ilmu di tempat kerja lebih berharga). Namun semuanya ini dah nak pun berakhir...tak lama lagi akan kembali bertugas, stayback...overtime...outstation akan menjadi routine baru pulak...so dengan adanya gambar-gambar ini...akan menjadi detik-detik kenangan manis dalam hidup abah sepanjang bergelar student








tahniah dah nak grad..nak blk dah u all ek?
meh la singgah coventry dl b4 blk mesia
Tue 22-Aug-2006 10:22
Posted by:gee  - [Link]
congrats to your hubby!! balik mesia balik kat mana? Tue 22-Aug-2006 11:39
Posted by:mummy jam  - [Link]
waaa... bagusnyer lina, siap ade edisi khas lagi... leh jadi isteri mithali gituuu...
anyway congrats... dari kami sekeluarga untuk tuan Iqbal....
Tue 22-Aug-2006 14:27
Posted by:kak kham  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 15-Aug-2006 10:21 Email | Share | | Bookmark
Eksperimen kuih lapis

 
 
 
Selepas kejayaan menggunakan pengukus Mc Gyver tempoh hari mama meneruskan lagi eksperimen. Kali ini buat kuih lapis pulak. Actually this is second time buat...yang first tu tak jadik sangat lapis dia. Kali ni pun belum lagi berpuas hati sbb tekstur dia kurang menawan dan warna pun kurang mengancam...tak tau kenapa warna merah tu boleh bertukar jadik oren plak. Mungkin percubaan kali ketiga nanti baru menjadi kot!. Once again thanx to Yani Cologne diatas sumbangan resepi.
Quote:

Kuih lapis

150 g rice flour
100 g starch flour (tapioca flour)

Ingredients A ;

850 ml coconut milk
200 g sugar
a pinch of salt
red colouring


Method ;

1. mix rice flour + starch flour
2. simmer ingredients A till sugar has dissolved. Cool.
3. mix the flour mixture with sugar-coconut milk mixture.
4. Strain and divide the batter into 2 parts.
5. colour one part pink and leave the other white.
6. Heat a 20 cm round tray.(grease with little oil)
7. Stir mixture well before pouring a thin white layer on the tray. Steam till cooked (2 – 3min).
8. Scratch lightly. Pour the pink batter on top and steam again.
9. Repeat process till the last layer.


oren pun oren lah, janji kueh nya sedap!!! Thu 17-Aug-2006 06:42
Posted by:mummy jam  - [Link]
kesian mama, apsala le kuih lapis merah jadi oren. Balik Banting nanti makan le puas2 kueh Malaysia. Paduka Datuk Atan telah mengambil cuti khas untuk menyambut keberangkatan tiba keluarga Iqbalina di KLIA Fri 18-Aug-2006 08:54
Posted by:kakak drnorzila@yahoo.com
Kira dah jadi le kuih lapis tu...congratulations! bila balik m´sia nanti dah ada steamer dan pewarna merah, mesti lagi cantik.... Fri 18-Aug-2006 15:08
Posted by:Yani Cologne hayani71@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


Saturday, 12-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Day Trip To Dresden

Tengok map dulu depan Tourist Information
ambik gambar ngan kuda ni-"trade mark" Dresden
Jumpa kiosk jual Doner Kebab Halal
View all 18 photos...
Hari Sabtu baru ni kami sekeluarga pegi melawat Dresden..satu bandar di Germany ni yang memang terkenal dengan bangunan2 yang bersejarah. Pegi awal pagi naik train ICE pukul 8.30 dan malam pukul 8.30 kami sampai di Erfurt.






hai kenapa abah ashraf dah makin slim sekarang ? selalu joging ke ? Tue 15-Aug-2006 13:43
Posted by:Uncle Nazuki nazukiabdullah@yahoo.com
Segak lagi En. Iqbal ni..ingat masa kadet ya.....bila tamat?..Pok Ngoh InsyaAllah pada 24 September ni sempat berbuka puasa kat Kajang kot..datanglah rumah nanti kita gi makan satay Kajang.....Assalamualaikum.. Tue 15-Aug-2006 15:33
Posted by:Pok Ngoh  - [Link]
Cantiknya bangunan2 yg ada dalam gambar tuh... Memang terrer lah arkitek yg mereka bentuk bangunan tuh.. nampak berseni betul!! Eiii bestnyer Kak Harlina dpt gi tempat2 mcm nih.. Wed 16-Aug-2006 01:05
Posted by:Sabrina  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Thursday, 10-Aug-2006 14:01 Email | Share | | Bookmark
Ini Gambar Abah Saya

 
Asyraf ni memang selalu sangat "ngelat" bila mama suruh buat homework ke baca buku ke...dia lebih suka melukis....kadang-kadang tu entah apa-apa yang dilukisnya. Tapi hari ni mama bagi "star" kat abang...sbb dia lukis gambar abah dan siap ada karangannya sekali.

pandai dia melukis ni..tangan yg kreatif.. Sat 12-Aug-2006 13:01
Posted by:elin elinatra@yahoo.com  - [Link]
waaaa... bestnyer... itu menandakan Asyraf dah besar dan faham dengan kehidupan di sekelilingnyer... moga menjadi anak yang soleh gituuuu... Sat 12-Aug-2006 23:35
Posted by:kak kham  - [Link]
aaawwwwww....this is sooo cute! teringat zaman kecik2 bila BM kena buat karangan pendek pasal ibu bapa and i have to say, asyraf is good in drawing
ps: bila K.Lina bertolak balik msia?
Mon 14-Aug-2006 12:14
Posted by:zack  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 7-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Zoopark Erfurt

Cik Zebra
Pak Badak
Si Leher panjang
View all 12 photos...
Dah nak balik dah...barulah abah bawak kami pegi ke zoopark ni...w/pun sebenarnya dekat aje dengan umah. Abah kata kat Malaysia pun boleh gi zoo....mama kata ...apa salahnya kita tengok zoo kat tempat orang. Finally abah mengalah....we all cuma spend about 3 hrs je...sbb zoo dia mmg taklah besar mana...and berbukit2 pulak tu. Tapi seronok nengok binatang2 kat sini...nampak macam happy aje...tapi dlm hati siapa yang tahu...



bukan la nak ngutuk negara sendiri...tapi saya rasa kalau dah ada kat tempat orang tu baik tengok zoo kat tempat orang je...zoo negara mmg tak best...zoo taiping best sket kut Thu 10-Aug-2006 17:53
Posted by:Phalinn Ooi phalinn@yahoo.com  - [Link]
Kak Ina, akhirnya sampai jugak hajat nak gi Zoo kat Erfurt....penat tunggu Amir & Adam tak datang2...Endlich.....gehen sie nach Zoo... Fri 11-Aug-2006 03:05
Posted by:mamAmirAdam  - [Link]
Pak Ngah,

Mercz dah beli, lepas tu cuba masuk dalam kotak tak muat pulak...pastu pulangkan baliklah....
Fri 11-Aug-2006 09:18
Posted by:Iqbal iqbalmdnoor@yahoo.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Saturday, 5-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bread Maker

Bread Maker
Bahan-bahan utk buat roti bawang
Ni jenis tepung utk buat roti bawang
View all 9 photos...
Bread maker- harga Euro 19.90. Jenama Privileg. Ada 12 program untuk buat 12 jenis roti yang berbeza. So far dah cuba buat roti Zwieben(Bawang) dan roti putih.Rasa oklah....taklah sama macam kat kedai pun...tapi bolehlah.... Cara yang cukup mudah campak semua benda...dan siap. Hi...hi.. actually mesin ni direka khas utk org2 yang malas.


mummy jam- Ni takut balik M'sia pun bakal jadi gajag putih gak
yus&hairi-rajinnya diaorg ni mengomen kat fp kita- kita mmg ler rajin
kak kham-Euro19.90 tu lebih kurang dlm RM90...belilah kak kham kat Malaysia tak tau pulok harga dia berapa..entah2 lebih murah kot!
Mama FaMi- Bread maker ni mama utk org yang malas mcm kita ni....mcm mama tak main lah guna bread maker ni..
Rossya- Oh resepi tu nanti kita tepek ek.......resepi tu semua dalam manual dia so...kita cuba2 je..
gee-Tak le sampai nak bukak bisnes gee oii.
Jue- Jue...tak de link FP ke nak share ngan kita....btw ada contact tak ngan Ana tu lama dah tak dengar kabar dia
Wed 9-Aug-2006 17:03
Posted by:Harlina  - [Link]
FP ada...tapi dah laaaama tak update, nanti la bila ada gambo baru, teman kabor yea..dah nak balik M'sia end of Sept ni. Ada gak contact Ana, dia dok Johor sekarang. Wed 9-Aug-2006 18:37
Posted by:Jue d L'boro
Ehh mcm best jer bunyinyer. Ada jual ker kat Mesia breadmaker nih?? Sab nak beli gaks ler.. seronok dgr main campak2 jer terus jadik roti.. perghhh best tuhh... Thu 10-Aug-2006 00:43
Posted by:Sabrina  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 4-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tram

Anger station
Tiket
Tram oren
View all 12 photos...
Entry kali ni nak abadikan kenangan pasal tram pulak. Tram is the main public transportation kat Erfurt ni. The service is very efficient. Bak kata org perkhidmatan yang sungguh "cekap, cepat, mudah dan tepat". Tiket sekali naik euro 1.50 boleh hop on and hop off dalam masa satu jam. Kalau tak beli tiket pun tak pe......tapi once mai dia punya "mata-mata" kantoi kena bayar Euro 40.00.



Amboi.. manis nyer senyuman 3-beradik ni.. Makan roti pun sempat stop.. amik gambo dulu yer.. Anak sape nie?? Tue 8-Aug-2006 08:51
Posted by:rossya  - [Link]
Add comment


Saturday, 29-Jul-2006 19:22 Email | Share | | Bookmark
Get together at Simone's house

Lunch time
kirsche
abg & onkel Ronald-main bola
View all 12 photos...
Today we have a good time together with Simone's family (our host family) in Vieselbach.



askum kak ina..salam perkenalan yer..kiter nih kawan yanie...kiter suker ler FP kak ina nih...banyak resepi...besh2 lak tuh!!! Fri 4-Aug-2006 03:04
Posted by:zully-mama dhia  - [Link]
...Assalamualaikum...tumpang lalu..nak pinjam recepi ..nampak sedap jeww.. tq Fri 4-Aug-2006 21:36
Posted by:ImaSmith  - [Link]
kak ina, bila baca resepi2 akak kat bawah tu tgk confident je.. Kat sana tu ada ke daun kesum? kami kat sini tu la main problemnyer... lengkuas dan kunyit hidup tu sure takde dah.... Sat 5-Aug-2006 17:35
Posted by:bnurushd  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Thursday, 27-Jul-2006 23:06 Email | Share | | Bookmark
Laksa Penang

 
Laksa Penang
Yang ni memanglah kegemaran kita.......peberet le katakan...tapi boleh bilang dengan jari berapa kali buat semenjak duduk kat sini....sebabnya....laksa mmg susah nak jumpa...so bila gi ke Berlin...Frankfurt barulah dapat jumpa laksa ni...lagi satu daun kesum...mmg dah siap keringkan dari M'sia...sbb kat kedai Asia tu susah nak jumpa .

Quote:
Laksa Penang

Bahan:

Laksa- sepeket

Rendam dulu dalam 1 jam- kemudian rebus hingga lembut , toskan dan bubuh minyak sikit supaya tak melekat

Kuah

Sekilo ikan – biasa guna ikan kembong
5 tangkai cili kering, 4 biji bawang merah , 2 biji bawang putih- kisar
belacan- sebesar ibu jari
asam keping – 5 keping
serai satu batang- diketuk
lengkuas – 2 hiris
Daun kesum
Garam dan serbuk perasa

Ulam-ulaman

Timun
Salad
Bawang besar
Nenas
Telur
Lada merah
Cili padi
Limau nipis/Limau kasturi

1. Mula-mula rebus ikan dalam periuk- bubuh sedikit garam dan asam keeping
2. Ambil isi ikan sahaja- kemudian blend
3. Masukkan isi ikan yang telah diblend tadi ke dalam air rebusan ikan
4. Masukkan bahan kisar, belacan, asam keping dan
5. Rebus hingga menggelegak-
6. Masukkan serai, lengkuas, dan daun kesum
7. Last sekali bubuh garam dan bahan perisa
8. Bila nak makan masukkan laksa …tabur semua bahan ulam dan tuangkan kuah dan perahkan sedikit limau nipis.
9. Guten Appetit!!!





sedap nampak laksa tu. nanti abis pantang nak try buat lah.. Sat 5-Aug-2006 14:46
Posted by:Lutfiyah Zahra  - [Link]
kecur airliur duk pandang laksa penang ni....mane nak cari malam2 ni yer... Thu 10-Aug-2006 13:34
Posted by:elin elinatra@yahoo.com  - [Link]
sedapnya!! nabilah nak minta mama buat laksa Penang juga ni!! Wed 23-Aug-2006 13:57
Posted by:nabilah nabilahnazuki@yahoo.co.uk
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 25-Jul-2006 21:57 Email | Share | | Bookmark
Karipap pusing yang tak berapa nak pusing

inti karipap
Bahan kulit A
Bahan kulit B
View all 10 photos...
Zaman dulu ada org kata....anak dara selagi tak pandai nak buat karipap tak boleh kahwin...hehe..abih camno..dah jadi mak dara baru belajar buat karipap....itupun sbb tercampak kat sini..... . Dah banyak kali gak buat karipap ni... tapi still lagi try and error kekadang dia pusing kadang2 tak berapa jadik pusingnya...so yang ni rasanya tak jadik sangat tapi tak pelah ....janji boleh makan....kan...kan
Quote:

Resepi pastry dari Internet tapi lupa kat mana ambik…main copy and paste je

Untuk buat 60 bijik karipap

Inti

10 biji kentang- sederhana besar dipotong dadu
1 biji bawang besar –potong dadu gak
4 biji bawang merah- tumbuk
3 biji bawang putih- tumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
ayam/daging hancur- 100 gm
Daun kari sket/daun sup

Cara:

Mula-mula tumiskan bahan tumbuk sampai garing,
Pas tu masukkan bawang besar pulak
Masukkan rempah bersama sedikit air- tumis sampai pecah minyak
Masukkan pula daging/ayam dan masak hingga daging/ayam masak
Pas tu bolehlah masukkan kentang dan masukkan air agak-agak satu mangkuk
Pastikan kentang betul2 empuk…kalau belum empuk tambah air sikit lagi


Bahan Kulit (A):
450 g tepung serbaguna
½ camt garam
3 camb marjerin/lemak sayur
230-240 ml air

Bahan Kulit (B):
250 g tepung serbaguna
¼ camt garam
150 g mentega/marjerin

Cara

1. Untuk A. Bancuh tepung, garam dan marjerin. Masukkan sedikit demi sedikit air, uli perlahan. Bentukkan 20 bebola.
2. Untuk B. Uli tepung, garam
dan mentega hingga sebati. Bentukkan 20 bebola kecil. Masukkan setiap satu ke dalam A.
3. Canai memanjang dan nipis
s, gulungkan kemas. Canai semula memanjang, gulungkan semula dan potong tiga.
5. Leperkan setiap satu, canaikan bulat. Cara mencanai mesti "betul" kerana putarnya akan lebih cantik. Terbalikkan dan isikan intinya. Kelim tepinya.
6. Goreng sampai keperangan- lebih baik guna deep fryer..kalau adalah




wah karipap! kuih favourite saya...lama betul tak makan karipap ni...rasanya dah dekat setahun...kena pergi carilah kat pasar malam nanti...1st time dgr nama karipap, karipap pusing...hehehe
Thu 27-Jul-2006 02:01
Posted by:Phalinn Ooi phalinn@yahoo.com  - [Link]
nak pusing camne lg? dah jd la tu
suke mkn tp x suke buat ( sbb utama x pndai nak kelim tepi tu)
Fri 28-Jul-2006 17:25
Posted by:gee  - [Link]
terliur tengok karipap yang Ina buat...I pernah buat tapi yang yg tak ada corak pusing2 gitu..nanti Yani nak try buat cam tu pulak..harap2 jadi le.. Tue 8-Aug-2006 13:20
Posted by:Yani Cologne hayani71@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.