Want your
own Fotopage?










 
IQBAL INA FAMILY FOTOPAGES

By: Harlina Zakaria

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 1-May-2007 03:16 Email | Share | | Bookmark
Mini Europe, Brussels

 
 
 
View all 12 photos...
Hari ni cuti hari pekerja....so adalah masa mama nak update gambar-gambar masa gi Mini Europe. Semua gambar2 ni ada softcopy aje....tak de masa nak cuci....kalau hilang habislah semua kenangan...so dengan adanya fotopage ni harap2nya kenangan akan tetap segar diingatan.
Kalau nak melancong sekitar europe .....datanglah ke mini europe ni semuanya ada di sini.






Care to comment?


Saturday, 21-Apr-2007 10:51 Email | Share | | Bookmark
Dublin, Ireland

Adik Ryan Air
Kete yang jemput kami
Depan Dublin Mosque - asalnya church
View all 18 photos...
Dari Brussels kami ambik Ryan Air ke Dublin.....kat Dublin ada penginapan percuma.....terima kasih pada Wak Jamal & Suzana....





Care to comment?


Saturday, 21-Apr-2007 10:02 Email | Share | | Bookmark
Brussels , Belgium

Apa nama tempat ni......lupa dah Grand place kot !
gambar family buat kenangan
beli ceklat sket
View all 8 photos...

Brussel ni....sebenarnya taklah menarik sangat. Kat sinilah letaknya pusat pentadbiran EU (Kesatuan Eropah). Ada org kata the best chocholate is produced here...kita org rasa sama je macam coklat lain....entahlah. Brussels ni ramai foreigners mostly Pak2 Arab lah so tak de masalah untuk cari halal food kat sini. But yang tak bestnya kat Brussels ni bandar dia agak kotor sket.


Thanks
--------------
Free Software - http://www.dl4all.com/
Insurance Center - http://www.insurance-center.us/
P30Mobile - http://www.p30mobile.com/
ParsiForums - http://www.parsiforums.com/
Mon 16-Jul-2007 12:45
Posted by:David  - [Link]
Add comment


Monday, 16-Apr-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
AMSTERDAM

dam square
 
pigeon
View all 14 photos...
Apa yang menarik di Amsterdam???
Bangunan
Canal
Sex shop
souvenir yang tak senonoh
Basikal banyak
paling mahal
marijuana
jalan sempit...
...itu nota perjalanan yang paling ringkas untuk org yang paling malas nak tulis banyak2...





assalamualaikum.... lama tak dengar berita Ina. Tentu masih merindui tempat Amsterdam. Kat mana sekarang? Thu 19-Apr-2007 12:13
Posted by:harleena  - [Link]
Add comment


Saturday, 30-Dec-2006 15:10 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Adha

Ni gambar raya hari tu kat Kampung
 
Setelah 4 bulan berlalu baru hari ni berkesempatan nak mengupdate fotopage ni....
Selamat hari raya Aidil Adha buat semua kengkawan tak kira walau dimana berada. Kalau nak ikutkan banyak sangat nak diceritakan kat sini....banyak jugak gambar2 yang belum diupdate lagi...hmmmm tengoklah kalau ada masa nanti.....entah bilalahtu..... maklumlah sekarang jarang benar berhadapan dgn PC.....rasa ketinggalan pulak. Tapi yang pastinya gambar2 percutian kami sebelum pulang ke tanahair tempoh hari akan dimasukkan dalam fp ni...insyaallah

he hehe ni mesti dah lama tak bukak fotopages Tue 6-Feb-2007 12:00
Posted by:sba  - [Link]
Kak Ina dah balik Msia erk? Wah bestnya... lama tak nampak Kak Ina kat FP.. update lah selalu ye...

p/s: Welcome back!
Thu 1-Mar-2007 00:40
Posted by:Sabrina  - [Link]
akak balik hujung sept ni ... hehehh biasalah dah balik tu mesti busy, akak pun agaknya bila balik nanti, mau kena tutup fp ni Thu 1-Mar-2007 21:19
Posted by:yangmazni  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 30-Aug-2006 00:50 Email | Share | | Bookmark
Yang akan kami tinggalkan......

Belakang flat
Bahagian hadapan
Tangga
View all 14 photos...
Entry terakhir sebelum balik ke Malaysia..insyaallah.
Yang akan kami tinggalkan....Juri Gagarin Ring 45/603
Yang akan kami tinggalkan....semua rakan-rakan yang banyak membantu..
Yang akan kami tinggalkan ....semua kenangan yang terindah..yang tidak akan dapat dilupakan sehingga ke akhir hayat
Selamat tinggal Juri Gagarin Ring,
Selamat tinggal Simone,Ronald, Matthias, Sofea, Doris, Chian Wei, .....dll
Selamat tinggal Erfurt
Selamat tinggal Deutschland
Esok kami sekeluarga akan berangkat ke Cologne dan akan berkampung di rumah saudara-mara(Datuk/datin dan Tan Sri/ Puan Sri) kami disana selama 2 minggu . Dan insyaallah kami akan melawat beberapa tempat menarik sblm pulang ke Malaysia. Doakan kami selamat pulang ke tanahair. Kepada yang masih di perantauan....teruskan perjuangan dan moga pulang dengan kejayaan..

Juri Gagarin Ring 45


Dan...antara rakan yang sempat mengucapkan selamat tinggal...



Kak harlina, tak sangka tjumpa fpages akak ni... akak dah sampai Malaysia ke belum...pejam-celik dah habis 3 tahunkan....azah ada kat jepun pule ikut husband study di sini...baru sebulan lebih, beraya di perantauan le nie... Mon 6-Nov-2006 09:28
Posted by:Azah, SMKBG norazah74@hotmail.com  - [Link]
wah..sedihnya..
Mon 20-Nov-2006 07:07
Posted by:Shukri sfawani sfawani@hotmail.com  - [Link]
ehh akka..n abg..jumpa kat hbf frankfurt suatu ketika dulu Thu 18-Jan-2007 19:14
Posted by:fitri  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Saturday, 26-Aug-2006 01:20 Email | Share | | Bookmark
Erfurt city

Anger 1- tempat shopping utama
hauptbanhof-train station
Al Manar-kedai jual makanan halal
View all 13 photos...
Macam tak percaya pulak ....tak sampai seminggu lagi kami semua akan meninggalkan bandar ini. Walaupun keseronokan untuk pulang ke tanahair memang tidak dapat dinafikan namun jauh disudut hati ada sekelumit rasa yang sukar untuk ditafsirkan.......Terlalu banyak kenangan di bandar ini. Aduh....syahdu pulak....so kat sini dipaparkan beberapa spot menarik yang menjadi tarikan di Erfurt serta tempat2 yang sering kami kunjungi....

Antara pemandangan biasa di Erfurt....

Anak2 sungai yang sungguh mendamaikan

Selamat berangkat pulang ke tanahair...semoga sentiasa diberkati Allah S.W.T.. Thu 31-Aug-2006 11:57
Posted by:Ima  - [Link]
Cantiknya Erfurt nih... ada mcm Bukit Tinggi gaks ler... tapi lawa lagik Erfurt nih..
Jangan ler sedih Kak Harlina.. Kalau dah balik Mesia,.. rasa rindu kat Erfurt.. boleh fly balik ke sana...
Mon 4-Sep-2006 00:20
Posted by:Sabrina  - [Link]
Very nice collection of pics.
visit mine at
http://inda2681.fotopages.com
Fri 8-Sep-2006 20:47
Posted by:unnamed
View all 16 comments Add comment


Thursday, 24-Aug-2006 16:34 Email | Share | | Bookmark
Tiramisu

 
 
 
View all 6 photos...
Semasa kunjungan Leftenan Kolonel Suhaimi baru-baru ini....mama sempat jugak belajar satu resepi daripada kak Su. Sungguh mudah....cepat....dan enak sekali dimakan sebagai dessert.
Tapi masalahnya tak tau samada bahan2 ni ada atau tidak dijual kat M'sia.
Quote:

Tiramisu

2 paket biskut – ada jual kat supermarket tapi kat Malaysia tak taulah
2 mangkuk mascarpone- mungkin cream cheese kot
2 sudu besar Nescafe- bancuh dengan 1 cawan air suam
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
2 sudu gula

Cara:

Pukul telur dan gula kemudian masukkan cream mascarpone- pukul lagi sehingga sebati
Dalam bekas –lapiskan adunan tadi dan kemudian susun biskut diatasnya
Tuang campuran Nescafe ke atas biskut tersebut dengan menggunakan sudu sehingga rata.
Buat hingga 3 lapisan dan lapisan atas mesti diakhiri dengan cream mascarpone tadi.
Selepas itu taburkan serbuk koko dan masukkan dalam peti sejuk.
Selepas 2 jam bolehlah dihidang



rasanya resipi nie saya yg bagi kat kaksu..maaf kalau silap tapi tiramisu nie memang sedap...mascapone ada jual kat TMC Bangsar. Wed 20-Sep-2006 20:25
Posted by:milano
kakliza suka buat tiramisu..tapi hanya gunakan keju krim + natural yogurt saja.. Sun 29-Oct-2006 12:31
Posted by:hanieliza  - [Link]
cikgu msti pandai msak kan...

nanti raya saya nak dtg la umah cikgu
Thu 10-Apr-2008 12:00
Posted by:syahirah smksu... syahirahshreen@yahoo.com
View all 13 comments Add comment


Thursday, 24-Aug-2006 15:33 Email | Share | | Bookmark
Leftenan kolonel Suhaimi's visit

Gambar family depan fishmarkt
kat kramerbrucke
hehe...makan bersila...meja dah jual
View all 12 photos...
Menjelang minggu-minggu terakhir di Erfurt kami sempat menerima kunjungan dari Left. kol Suhaimi dan Kak Suriati dari Milan Itali.Bak kata pepatah...kecil tapak tangan..nyiru kami tadahkan maklumlah kami ni jarang2 menerima tetamu Malaysian...so sesekali berjumpa memanglah meriah sungguh jadinya. Rasa terkilan jugak sebab tak berkesempatan membuat kunjungan balas ke sana. Tapi tak pe insyaalah jika diizinkan kita akan berjumpa di KL/ Aloq Setaq nanti. Terima kasihlah kerana sudi menziarahi kami disini.


wahhh best nya. ada org datang dan makan2..hihi Fri 25-Aug-2006 00:38
Posted by:Ajzie ajzie69@yahoo.com
waaaa... best gok ni lina... tengah2 dok sibuk berkemas ade orang datang... ye dak... Fri 25-Aug-2006 03:39
Posted by:kak kham  - [Link]
kami sdah slamat smpai di Gallarate jam 5 pgi.. 12 jam dri Erfurt. mkn pizza yg dibekalkan cik lina di R&R dkat highway..tk jdi singgah kat Luzern, jgn lupe krm resipi pizza! pizza memang best! insyaallah jumpe nanti di mlysia.. pizza memang best! Fri 25-Aug-2006 19:49
Posted by:kak su adikpedi@yahoo.co.uk
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 23-Aug-2006 19:06 Email | Share | | Bookmark
Satu kejadian kebakaran yang saya saksikan

api mula marak
asap tebal
feuerwehr datang
View all 10 photos...
Hari ini kami telah berpeluang menyaksikan satu kejadian kebakaran. Kebakaran ini berlaku di belakang flat kami...so kami menyaksikan peristiwa kebakaran ini melalui tingkap shj. Ia melibatkan bangunan yang masih dalam pembinaan. Sebanyak 7 buah kereta bomba dikejarkan ke tempat kejadian. Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 40 minit utk mengawal api dari merebak. Punca kebakaran masih belum dikenalpasti.
Seronok gak...nengok secara life...

isk kome ni...laporannya bunyi mcm citer gembira aje....tapi best aa...so far tak pernah dpt tgk life camni.... Thu 24-Aug-2006 04:49
Posted by:yus  - [Link]
cepat panggil bomba ...
"Capturing the moments and blooming of colours"
http://www.hasnizamhashim.com
Thu 24-Aug-2006 11:48
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
sayang nya, banguna cantik2 dah terbakar pulak... Fri 25-Aug-2006 04:59
Posted by:mummy jam  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.